Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mencadangkan agar istilah banjir 100 tahun yang lazimnya digunakan di negara ini dikaji semula. <br /><br />Pakar Hidrologi dan Permodelan Banjir itu berkata, kajian perlu menjurus kepada statistik yang digunakan iaitu sama ada ia benar-benar menggambarkan banjir yang luar biasa atau ia sekadar istilah.
